pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pukul Pati: Pegawai Imigresen Ditukar Serta-Merta
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA:  Pegawai Imigresen wanita yang didakwa melakukan kekerasan terhadap tahanan warga asing telah ditukarkan serta-merta dari U...

PUTRAJAYA: Pegawai Imigresen wanita yang didakwa melakukan kekerasan terhadap tahanan warga asing telah ditukarkan serta-merta dari Unit Penguatkuasa ke Unit Pentadbiran, Jabatan Imigresen Negeri Sembilan.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Sakib Kusmi (foto) berkata penukaran pegawai itu, adalah sementara menunggu hasil siasatan penuh kes tersebut.
Beliau berkata pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci berhubung video pegawai wanita itu yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini.
"Jika hasil siasatan mendapati pegawai tersebut terbukti bersalah melanggar peraturan sebagai penjawat awam, jabatan ini tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan  and  Tatatertib) Pindaan 2002," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.
Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu didedahkan MyWatch baru-baru ini dan memaparkan wanita itu bertindak kasar ke atas seorang lelaki yang ditahan dipercayai tidak mempunyai permit kerja yang sah #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top