Rakyat Malaysia Hilang Di Flores, Di Temui Lemas






JAKARTA: Dua rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang di sebuah kawasan perkelahan air terjun Cunca Wulang, daerah Mibeliling di wilayah Flores ditemukan dan disahkan mati lemas.
Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (foto) ketika dihubungi Bernama berkata, mayat Mohamad Azfar Tahir, 23, dari Kuala Lumpur dan Mohammad Ezzaq Azumi, 23, berasal dari Kelantan masing-masing ditemukan di dalam kolam air terjun itu pada pukul 11 pagi dan 1 petang Ahad.
Mayat seorang lagi warga Flores yang dipercayai pemandu pelancong mereka, Wenseslaus Hendro Akung, 39, ditemukan di tempat yang sama pada pukul 3 petang, katanya. 
Zahrain berkata, kesemua mayat telah dibawa ke hospital berdekatan dan pihak kedutaan sedang menguruskan untuk membawa pulang jenazah kedua-dua rakyat Malaysia itu ke Kuala Lumpur pada Ahad.
Mohamad Azfar dan Mohammad Ezzaq bersama seorang dua lagi rakan mereka Mohamad Qayyum Pirdous, 23, dari Perak dan Mohamad Imran Helmy Had, 23, dari Kuala Lumpur tiba di Flores, Indonesia pada Sabtu untuk bercuti. 

Mohamad Qayyum dan Mohamad Imran terselamat dan tidak terjun ke dalam kolam itu setelah melihat dua rakannya bersama pemandu pelancong mereka terus hilang sebaik berbuat demikian. 
Mohamad Azfar dikatakan terus terjun ke dalam kolam air terjun itu sebaik sampai tetapi setelah tidak timbul, Wenseslaus kemudiannya terjun untuk mencari.
Bagaimanapun, Wenseslaus juga didapati terkapai-kapai dan menyebabkan Mohammad Ezzaq turut terjun untuk membantu tetapi akhirnya ketiga-tiga mereka hilang.
Melihat kejadian itu, Mohamad Qayyum terus mendapatkan bantuan dan menghubungi polis dan kerja-kerja mencari dan menyelamat bermula pukul 3 petang Sabtu tetapi terpaksa dihentikan pada pukul 5 petang setelah cuaca gelap.
Operasi mencari dan menyelamat disambung semula pukul 6 pagi Ahad dan kesemua mayat ditemukan di dasar kolam tempat kejadian itu. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]