pahangdaily pahangdaily Author
Title: Rogol Murid: Guru Jasmani, Di Perintah Bela Diri !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Seorang guru Pendidikan Jasmani di sebuah sekolah rendah di Lembah Klang diperintah membela diri terhadap dua pertuduha...

KUALA LUMPUR: Seorang guru Pendidikan Jasmani di sebuah sekolah rendah di Lembah Klang diperintah membela diri terhadap dua pertuduhan merogol seorang anak muridnya oleh Mahkamah Sesyen Selayang, Selasa.
Hakim Tasnim Abu Bakar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Ezlie Azram Mohammad Khasasi, 37, pada akhir kes pendakwaan.
Penghakimannya dibacakan Hakim Zarifah Zainal Abidin.
Tasnim dalam keputusannya berkata mahkamah mendapati keterangan bersumpah mangsa yang dirogol ketika berusia di bawah 16 tahun itu dilihat boleh dipercayai dan menyakinkan.
Beliau berkata berdasarkan keterangan mangsa dan laporan perubatan, mahkamah mendapati berlaku perbuatan rogol itu.
Mahkamah menetapkan 26 Mei untuk guru itu membela diri.
Pada 9 Jun 2014, Mohd Ezlie Azram yang juga merupakan seorang guru silat mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan merogol seorang anak muridnya yang ketika itu berusia 11 tahun, pada 2011 dan sekali lagi sewaktu mangsa berusia 13 tahun, pada 2013.
Dia yang diwakili peguam Dony Abdullah dan Farhan Read, didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya di Batu Caves di sini antara pukul 1 tengah hari dan 3 petang, 3 Dis 2011 sebelum mengulanginya pada pertengahan Ogos 2013.
Duda dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya S. Arunjothy telah memanggil lima saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes itu.
Di luar mahkamah, Dony memberitahu pemberita, pihak pembelaan akan memanggil tiga hingga empat saksi pada prosiding membela diri itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top