pahangdaily pahangdaily Author
Title: Sekolah Di Perlis, Jerantut, Temerloh Diarah Tutup
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Ekoran cuaca panas melampau, semua sekolah di Perlis serta daerah Jerantut dan Temerloh di Pahang diarah tutup selama ...

PETALING JAYA: Ekoran cuaca panas melampau, semua sekolah di Perlis serta daerah Jerantut dan Temerloh di Pahang diarah tutup selama sehari pada Isnin.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, keputusan itu dibuat selepas mendapati suhu di negeri dan daerah terbabit melebihi 37 darjah Celsius selama lebih 72 jam.

"Penutupan ini adalah sebagai langkah penjagaan kesihatan murid semasa cuaca panas.

"Bagaimanapun ia hanya melibatkan ketidakhadiran murid sahaja dan penutupan tersebut tidak perlu diganti.

"Operasi pentadbiran sekolah kecuali aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) hendaklah berjalan seperti biasa," demikian menurut kenyataan itu pada Ahad. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top