pahangdaily pahangdaily Author
Title: Serbu "Majlis Mak Nyah", JAWI Bakal Di Saman !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Peguam, Siti Zabedah Kasim sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Per...

PETALING JAYA: Peguam, Siti Zabedah Kasim sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) susulan serbuan yang dilakukan ketika acara mengumpul dana bagi komuniti transgender.
"Kami sedang mengumpul peguam untuk merangka pelan tindakan seterusnya.
"Kami akan menyaman bukan sahaja Jawi, tetapi mana-mana pihak terlibat dalam insiden itu," katanya kepada The Star Online pada Selasa.
Dilaporkan kira-kira 10 pegawai Jawi hadir pada majlis berkenaan yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada Ahad pada pukul 10 malam.
Siti Zabedah yang menerima anugerah The Star's Golden Hears tahun lalu berkata, pegawai terlibat telah menghalang semua laluan dan menjadikan mereka umpama banduan.
Beliau turut menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian itu.
Penganjur majlis berkenaan yang dikenali sebagai Ira ditahan Jawi dan dibebaskan pada hari berikutnya.
"Ada beberapa isu yang perlu diketengahkan termasuk prosedur penahanan dan menyerbu ruang majlis yang tidak dipatuhi pihak berkuasa agama itu," katanya.
Menurut Siti Zabedah lagi, pegawai Jawi memberitahu bahawa Ira akan didakwa pada 5 Mei ini kerana mengingkari arahan pihak berkuasa agama dan menggalakkan maksiat mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan 1997. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Malaysiabaru said... Tuesday, April 05, 2016 5:54:00 PM

Dalam alquran ada sebut laki perempuan dan khunsa

Dan kenapa jawi bertindak gilababi mcm takde akli ..

Kepalababi mana dalam Quran yg memghalalkan jawi bertindak gilababi

Khunsa ada hak di dalam masyarakat sepeti d sebut dalam Quran yg jawi terkilaf baca..


Jawi jgn jadi org hutan spt di zaman jahiliyah

Abdul Said said... Tuesday, April 05, 2016 6:24:00 PM

Ini semua salah Ira. Sepatutnya mintalah pegawai kanan atau kiri jawi merasmikan majlis. Bagi sikit door gift semua beres.

Anonymous said... Tuesday, April 05, 2016 8:56:00 PM

Minta pemimpin blok ke 3 rasmi majlis.

Anonymous said... Tuesday, April 05, 2016 9:09:00 PM

Bila pihak berkuasa ingat dia ada kuasa sesuka hati timbullah masalah.kita tunggu alaporan dan penjelasan JAWI.maksiat apa yg dia orang buat ni

 
Top