pahangdaily pahangdaily Author
Title: Sisa Minyak "Cemari" Sepanjang Pantai Beserah !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:   Sisa minyak sejauh 10 kilometer (km) di Pantai Beserah mencemaskan penduduk yang terdiri daripada nelayan. Kesan tompokan m...

KUANTAN:  Sisa minyak sejauh 10 kilometer (km) di Pantai Beserah mencemaskan penduduk yang terdiri daripada nelayan.

Kesan tompokan minyak itu mula disedari di pesisir pantai pagi tadi dari Pantai Pelindung sehingga Pantai Batu Hitam.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pantai Beserah, Aziz Mohamad berkata, kesan tompokan minyak itu mula dikesan di kawasan perairan berdekatan oleh nelayan sebelum dihanyutkan air pasang ke pantai baru-baru ini.

Menurutnya, sebaik mendapat aduan daripada nelayan, dia bergegas ke lokasi kejadian.

"Saya lihat terdapat banyak tompokan minyak sepanjang pesisir pantai. Kejadian ini telah pun dilaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar," katanya.

Aziz berkata, kejadian ini adalah kali kedua berlaku di kawasan tersebut.

Katanya, kejadian pertama pada tahun lalu lebih teruk.

"Saya harap sisa minyak ini dapat dibersihkan," katanya.

Advertisement

Post a Comment

 
Top