[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



SOP Perlombongan Bauksit Perlu Di Tambah Baik


KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berharap penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang diputuskan sebelum tempoh moratorium tamat pada 16 Julai ini.

Timbalan Menterinya Datuk Hamim Samuri (foto) berkata SOP itu, bagi tujuan mengelakkan percemaran alam sekitar akibat daripada perlombongan bauksit, sedang dibincangkan oleh agensi dan pihak-pihak berkaitan.

"Antara SOP adalah pewartaan laluan khusus bagi lori pengangkut bauksit dari semua tapak perlombongan ke pelabuhan supaya tidak melalui kawasan penempatan penduduk, kawasan tumpuan orang awam, laluan yang sesak dan mematuhi had beban.

"Selain itu menetapkan lokasi stok simpanan bauksit berpusat oleh kerajaan negeri Pahang, menambah baik infrastruktur stok simpanan di luar pelabuhan dan menambah baik infrastruktur dalam kawasan Pelabuhan Kuantan dan transit stok simpanan," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, hari ini.   

Tempoh moratorium selama tiga bulan bermula 15 Januari sepatutnya

tamat pada 15 April, namun pada 8 April lepas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan keputusan kerajaan persekutuan melanjutkan bagi tempoh tiga bulan lagi ke 16 Julai.

Hamim berkata menurut SOP itu, pengeksport juga perlu membayar royalti kepada kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum dikeluarkan Permit Kelulusan (AP).

Katanya, secara keseluruhan SOP tersebut menekankan isu pengurusan di tapak perlombongan bauksit, pengangkutan dan penguatkuasaan, pengurusan di tapak stok simpanan dan pelabuhan serta prosedur pengeksportan bauksit.

Beliau berkata SOP itu akan menjadikan aktiviti bauksit lebih teratur, berkesan dan memberikan penekanan terhadap kesejahteraan penduduk serta alam sekitar. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]