pahangdaily pahangdaily Author
Title: Suami Maut, Isterinya Parah Dalam Kemalangan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN : Seorang warga emas maut manakala isterinya cedera parah setelah kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler selepas...

KUANTAN: Seorang warga emas maut manakala isterinya cedera parah setelah kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler selepas terbabas ke laluan bertentangan di KM 86, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur pada Selasa. 

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata K.Sellappan, 71, penumpang hadapan kereta Perodua Myvi itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya yang memandu kereta patah kaki kiri dalam kejadian kira-kira 12.45 tengah hari. 

Katanya ketika kejadian pasangan suami isteri itu yang menetap di Bandar Jengka, Maran dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur. 

"Kereta dipercayai telah hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar sisi sebuah pacuan empat roda sebelum bertembung dengan treler itu," katanya. 

Katanya pemandu treler dan pemandu pacuan empat roda itu tidak mengalami sebarang kecederaan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top