pahangdaily pahangdaily Author
Title: Takiyuddin: PAS Tak Akan Sertai Barisan Nasional
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan PAS sama sekali tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN). Setiausaha Agung parti ...
PETALING JAYA: Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan PAS sama sekali tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Agung parti Islam itu berkata, PAS berpendirian demikian bagi memegang teguh keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang pada 2 Januari lepas.
Takiyuddin berkata demikian mengulas pandangan pendakwah Islam antarabangsa, Dr Zakir Naik agar dibentuk kerajaan campuran antara UMNO-PAS.
Dalam pada itu Takiyuddin berkata, PAS sentiasa berpegang kepada dasar Islam yang mana salah satunya adalah bekerjasama dan tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan.
Katanya lagi, PAS sentiasa tegas dan konsisten serta mengambil pendekatan meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan demi memperkukuhkan Islam dan perjuangan.
“Hal ini adalah selaras dengan pendekatan yang sedang dilaksanakan oleh PAS iaitu “Budaya Politik Matang Sejahtera”. Ia selaras dengan Fasal 6(6), Perlembagaan PAS (Usaha-usaha) yang memperuntukkan:
“Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bila mana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara,” katanya.
Sebelum ini, Dr Zakir berpendapat, pengwujudan kerajaan campuran UMNO dan PAS akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dalam memacu negara ke hadapan serta mengukuhkan Islam.
Katanya, beliau bukannya mencadangkan dua parti politik Islam utama negara itu bergabung, tetapi adalah lebih baik jika kedua-dua parti politik berkenaan membentuk kerajaan campuran.
“Saya bukan hendak memberitahu kedua-dua parti (UMNO dan PAS) perlu menjadi sebuah parti, tetapi jika mereka boleh berbuat demikian, Alhamdulillah…(jika tidak), mereka boleh mengekalkan parti dan identiti masing-masing.
“Namun, jika mempunyai kerajaan campuran, ia akan menjadi gabungan untuk orang Islam,” katanya pada sidang media selepas menjadi tetamu dalam rakaman program bual bicara TV Al Hijrah, ‘Persepsi’, baru-baru ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top