pahangdaily pahangdaily Author
Title: Terjah Usahawan, Cari Mangsa Pelaburan Internet
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
Mutakhir ini ramai rakyat Malaysia yang terjebak dengan berbagai program pelaburan internet. Walau pun sudah beberapa kali dinasihatkan ...

Mutakhir ini ramai rakyat Malaysia yang terjebak dengan berbagai program pelaburan internet. Walau pun sudah beberapa kali dinasihatkan oleh pihak kerajaan, namun industri pelaburan internet terus berkembang. Dari sehari ke sehari, ada saja program baru yang tumbuh "bagaikan cendawan lepas hujan".

Mereka yang menjadi mangsa pula terdiri dari kalangan sahabat kita, saudara mara kita, jiran tetangga kita malah adik beradik kita. Bahkan dalam setesengah kes, mungkin kita sendiri juga turut menjadi mangsa tanpa di sedari.

Semuanya kerana faktor desakan ekonomi dan mahu untung berganda tanpa melakukan apa-apa kerja. Mahu dapat imbuhan lumayan dengan hanya melabur dan mengharapakan keuntungan yang dijanjikan. Penganjur pula, bijak menggunakan kelemahan orang ramai dengan mencipta berbagai program kononnya ia dari luar negara. Walhal, kebanyakkan program pelaburan internet adalah dicipta oleh orang tempatan sendiri sebenarnya.



Akhirnya, ramailah yang menjadi mangsa dan menderita. Untung yang dicari, rugi pula yang melanda. Namun, ada pula yang tidak serik bahkan terus menerus terjebak dengan program-program baru yang dibawa oleh kumpulan yang sama. Alasan yang diberikan, program lama ada masalah. Kerajaan kacau, leader pecah amanah, tokey bawa lari duit dan sebagainya. Akhirnya keluarga jadi huru-hara gara-gara masalah kewangan yang melanda.



Oleh kerana minat, maka mangsa yang sudah kena akan terus menyertai program-program baru. Apakah mereka salah?. Mereka hanya mahu mengubah nasib dan masa depan. Mereka tidak mahu terus bergantung kepada pelaburan yang disediakan oleh kerajaan. Walau pun patuhi undang-undang, namun untung yang diberikan terlalu rendah berbanding dengan pelaburan internet sebenarnya.

Justeru, ramai yang beranggapan industri pelaburan internet ini tetap akan berjalan seiring dengan teknologi. Siapa yang berani berhadapan dengan risiko, maka mereka boleh mencuba. Siapa yang takut mereka tidak layak untuk bersama. Inilah perkataan yang sering di dendangkan sejak zaman berzaman. Biasanya yang untung ialah penganjur dan mereka yang terawal. Tapi bagi yang terkemudian, pasti akan bertemu dengan kegagalan. Masalah demi masalah akan timbul. 

Pencairan Wallet

Dalam apa saja program pelaburan internet, biasanya masalah pencairan wallet (point) menjadi faktor utama kepada peserta. Penganjur bijak menggunakan pengalaman, pencairan akan dipermudahkan kepada mana-mana pihak yang banyak membuat sales atau mencari pelabur baru. Bagi mereka yang gagal dan hanya "duduk diam", pencairan akan bermasalah sama ada lambat atau terus "beku". Inilah yang menyusahkan para pelabur. Pencairan 100% bergantung kepada syarikat yang entah dimana wujudnya. Malah semua pihak juga mengharap sepenuhnya kepada akaun pelaburan mereka menerusi internet. 


Masalah mula akan timbul apabila berlaku kelewatan. E-Wallet, E-Point atau E-Cash yang dicairkan melalui syarikat biasanya akan bermasalah bila program itu sendiri kekurangan kemasukan pelabur baru. Akhirnya, semua pencairan tidak berlaku dan mengundang kemarahan para pelabur. Mereka yang membawa pelabur masuk program-program terbabit akan dipersalahkan. laporan polis dibuat dan mulalah episod sedih dan duka. Bermula dengan pelabur sukar untuk "login" ke akaun pelaburan mereka.


Alasan yang diberikan, programmer sedang "upgrade server". Lama web dikacau ganggu oleh "hackers". Bila sistem sudah kembali pulih, perubahan dilakukan terhadap E-Wallet dan Point-point itu tadi. Berbagai pecahan e-Wallet dibuat untuk mengurangkan jumlah bayaran, selebihnya akan kekal dalam laman web untuk tujuan lain yang tidak dikenal pasti. Semua ini adalah permainan licik yang dilakukan oleh pihak penganjur. Mereka bersiap sedia untuk "lari" tanpa disedari oleh para pelabur. 



Bermula masalah tersebut, akhirnya ruangan "login" ke akaun pelabur juga disekat. Sudahlah pencairan e-Wallet dilambat-lambatkan, tiba-tiba akaun pula bermasalah. Akhirnya kecoh di sana sini. Jalan penyelesaian, penganjur terus tutup laman web terbabit dan membawa lari wang berjuta-juta ringgit yang dikutip daripada pelabur. Ramai yang menjadi mangsa. Ada yang cuba membuat laporan polis dan mendapatkan khidmat guaman untuk menyaman pihak-pihak yang berkenaan. Namun, berdasarkan sejarah kebanyakkan tindakan tersebut gagal mengembalikan semula wang pelaburan mereka sebenarnya.

Masalah Pencairan

Susulan daripada itu, isu pencairan iaitu point (e-Wallet, e-Cash, e-Point) dalam internet bertukar menjadi wang tunai dalam akaun bank adalah faktor utama yang perlu diambil kira kepada mereka yang terjebak dengan apa saja perniagaan internet sekali pun. Apa guna ada point wallet yang banyak sampai beribu-ribu, tapi ia gagal dicairkan (ditunaikan). Masuklah apa saja program pasti isu yang sama akan melanda. Masalahnya kerana pelabur bergantung penuh kepada pihak syarikat untuk membayarnya. Sedangkan syarikat itu sendiri memang tidak wujud dan yang membayar adalah penganjur dan pihak yang menguruskan program terbabit. 


Tiada kaitan langsung dengan pihak syarikat kerana itu adalah "khayalan" semata-mata. Sebab itu pelabur digalakkan membuat pengeluaran (withdrawall) melalui syarikat dan menunggu "bagai bulan jatuh ke riba". Bila bertanya kepada orang atasan, mereka akan jawab sama-sama kena sabar menunggu. Pihak syarikat sedang menguruskan pembayaran. Walhal penganjur sudah lama "cabut lari" hanya dendangan "lagu dan irama" bagi menyedapkan halwa telingan pelabur saja yang kedengaran. Inilah senario yang berlaku. Namun ramai yang tidak serik dan terus melabur dalam progra-program baru muncul di pasaran. Semuanya ini kerana mereka adalah "investment player" dan berani hadapi risiko. Lantaran itulah program pelaburan internet pasti akan terus berkembang dari masa ke semasa. Cuma anda perlu "tepuk dada tanya iman". Mahu terlibat atau tidak?.

Terjah Usahawan 2016

Apa pun, jangan risau. Bagi anda yang tercari peluang untuk menjana pendapatan lumayan menerusi program yang lebih realistik pada tahun 2016 ini. Anda boleh bersama dengan projek "Terjah Usahawan 2016" yang sedang meletop di seluruh negara sekarang ini. Program yang bernaung di bawah sebuah syarikat yang berdaftar secara sah di Malaysia (bukan luar negara) ini sudah melahirnya ramai usahawan berjaya, termasuk yang bergelar jutawan sekarang. Apa yang hebat dalam program ini ialah kemudahan dan pencairan "e-wallet" yang ditawarkan. Bayangkan anda tidak perlu bergantung sepenuhnya lagi kepada pihak syarikat kerana program ini menawarkan kemudahan pencairan sepanjang masa "anytime" melalui pembayaran bil-bil utiliti dan pembelian top up reload. Cukup mudah bukan, tapi sabar dulu banyak benda yang anda perlu tahu sebenarnya. 

Masalah Pencairan

Susulan daripada itu, isu pencairan iaitu point (e-Wallet, e-Cash, e-Point) dalam internet bertukar menjadi wang tunai dalam akaun bank adalah faktor utama yang perlu diambil kira kepada mereka yang terjebak dengan apa saja program bercirikan e-dagang (e-commerce) sebenarnya. Justeru, program "Terjah Usahawan 2016" adalah satu langkah terbaik untuk anda menjadi "pengguna yang bijak" sekarang.  Hanya ubah cara berbelanja membeli top up reload atau membayar bil-bil bulanan (Astro, TNB, Telekom (TM), Pospaid dan sebagainya) menjadi pendapatan. Dalam erti kata lain ubah perbelanjaan harian dan bulanan anda menjadi pendapatan.



Ramai yang sudah mendapat hasilnya, bahkan yang kini berada di puncak kejayaan. Malah, mereka bermula di kala rakan-rakan yang lain sibuk dan bermewah-mewah dengan wang luamyan yang mereka perolehi dengan "pelaburan internet". Kini, mereka tersenyum riang ria meraih keuntungan, sedangkan rakan-rakan  yang terjebak dengan pelaburan internet kini trauma dan malu berhadapan dengan orang ramai. 


Oleh itu, jika anda mahu memulakan hidup baru dalam bidang usahawan serta mencari platform terbaik untuk membuat pelaburan yang bijak sekarang. Jangan berlengah lagi. Temui kami dalam Jelajah1Malaysia projek "Terjah Usahawan 2016" yang bakal diadakan di seluruh negara tidak lama lagi. Alami gegarannya. Berminat?. Sila daftar kehadiran anda sekarang. Anda yang bertuah berpeluang mendapat hadiah reload top up percuma di lokasi-lokasi yang berkenaan. Ayuh kita bersama membina harapan baru dalam bidang keusahawan yang sebenar, ada bisnes ada produk dan ada perkhidmatan. Lupakan sejarah silam. Bersama kami menuju kejayaan. 

Advertisement

Post a Comment

borhan sharif said... Sunday, April 10, 2016 10:03:00 PM

Yang terpedaya dgn program macam ni adalah dari Spesis MINDA LEMAH, MALAS BEKERJA,KAKI BODEK DAN OTAK UDANG (pinjam sikit kata2 DS Khairuddin Hassan)

Padan muka....bila bisnes tulen tak mahu sertai.

 
Top