pahangdaily pahangdaily Author
Title: Terpaksa Puas Hati, Walau Laporan Tak Sempurna
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Meskipun siasatan gagal mengaitkan Perdana Menteri secara langsung, Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pu...
KUALA LUMPUR: Meskipun siasatan gagal mengaitkan Perdana Menteri secara langsung, Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua (Petaling Jaya Utara-DAP) secara umumnya berpuas hati dengan laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Di sidang media sehari selepas pembentangan laporan itu semalam, Tony Pua melahirkan rasa kecewa kerana laporan akan sempurna sekiranya beberapa pihak penting dipanggil untuk membantu siasatan PAC.
“Kita ingin memanggil Bank Negara Malaysia (BNM) dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Mohd Hazem Abd Rahman…tetapi Pengerusi PAC (Datuk Hasan Arifin, Rompin-BN) enggan,” jelasnya ringkas.
Menurut Tony, bantuan BNM perlu untuk mendapatkan dokumen transaksi luar negara. Tony Pua bagaimanapun akur jawatankuasa hanya mampu membentangkan laporan yang tidak sempurna memandangkan pihaknya berlawan dengan faktor masa.
“Mungkin jika tidak dibentang sekarang, (laporan PAC) tidak dapat dibentang langsung pada sesi (Parlimen) akan datang, mungkin kerana subjudis atau seumpamanya,” ujarnya, dan berharap PAC akan menyiasat beberapa perkara yang diabaikan dalam siasatan kali ini pada masa akan datang.
Ketika ditanya wartawan samada hala tuju siasatan telah berubah selepas Arifin menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed (Pulai-BN) sebagai Pengerusi PAC, Tony menjawab:
“Bagaimana nak jawab tanpa menyinggung orang lain?,” jawabnya, “Pengerusi sebelum ini mendengar kedua-dua pihak.”
“Hala tuju tidaklah berubah, tetapi semakin sukar bagi orang di pihak saya (pembangkang) untuk mendesak sesuatu perkara dilakukan,” katanya, sambil memberi contoh Pengerusi PAC perlu didesak berulangkali sebelum bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh dapat dipanggil untuk diambil keterangannya.
Arifin menggantikan Nur Jazlan selepas Nur Jazlan dilantik Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam rombakan Jemaah Menteri tahun lalu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top