pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tiga Beranak "Parah", Kereta Bertembung Treler !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Tiga beranak cedera parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 68 Jalan Kuantan-Segamat ...

KUANTAN: Tiga beranak cedera parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 68 Jalan Kuantan-Segamat di Pekan, awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pekan, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, mangsa ialah pemandu kereta Proton Iswara, Md Norhaliq Md Nasir, 31, isterinya Fatimah Rabiha Abdul Rahman, 31, dan anak perempuan pasangan itu Hani Sofea, 9.

"Kemalangan berlaku pada 3.30 pagi melibatkan sepasang suami isteri bersama tiga anak mereka, yang ketika kejadian dalam perjalanan dari Segamat ke Kuantan.

"Kereta itu dipercayai hilang kawalan, kemungkinan disebabkan pemandunya mengantuk lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler," katanya ketika dihubungi.

Mansor berkata, dua lagi anak pasangan itu Hadi Muhsein, 7, dan Hanis Aaira Camilla, 4, serta pemandu treler terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu.

Beliau berkata, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top