pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tok Gajah "Gagal Lagi", Kalah 0-2 Kepada PDRM !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Episod kekalahan dan kebuntuan Pahang FC untuk mendapatkan kemenangan pertama dalam saingan Liga Super terus berpanjangan ap...

KUANTAN: Episod kekalahan dan kebuntuan Pahang FC untuk mendapatkan kemenangan pertama dalam saingan Liga Super terus berpanjangan apabila tewas di tempat sendiri ke atas pasukan PDRM dengan keputusan 0-2 sebentar tadi.
Pertama kali mengendali pasukan dalam perlawanan rasmi setelah mengambil alih dari Ahmad Shaharuddin Rosdi, Ketua Jurulatih baru Pahang FC Razip Ismail mengubah sedikit taktikal apabila meletak Zesh Rehman di bahagian tengah untuk bergandingan dengan Salomon Raj manakala Faizal Mat Rani menggantikan Faisal Halim yang cedera dan kembalinya Fauzi Rolan dari kecederaan panjang.

PDRM yang dibimbing Fauzi Pilus lebih banyak menyerang dengan pasukan tuan rumah hanya sekali sekala menyerang dan berjaya meletakkan mereka di hadapan melalui Safwan Baharuddin yang menanfaatkan suasana kelam kabut di hadapan pintu gol Pahang FC untuk mendahului sehingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung pada babak kedua, Pahang FC lebih agresif untuk mencari gol pernyamaan tetapi gagal mencari gol yang diperlukan melalui gandingan penyerang Fauzi Roslan dan German Pacheco.
Sebaliknya, PDRM berjaya menambah gol melalui sepakan penalti pada minit ke 76 melalui Ali Ashfaq setelah Nasril Nourdin menjatuhkan salah seorang pemain PDRM di dalam kotak penalti.
Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan dengan Pahang FC kekal di tangga tercorot liga tanpa sebarang kemenangan dan kekal berada dalam zon bahaya untuk tidak layak ke Piala Malaysia. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top