pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tokey Restoran Hakim Kesal Dituduh Bukan Islam
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM:  Pemilik Restoran Hakim, Datuk Hakimsa Abdul Karim (foto) kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan...

SHAH ALAM: Pemilik Restoran Hakim, Datuk Hakimsa Abdul Karim (foto) kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan di media sosial bahawa beliau bukan beragama Islam selepas dua cawangan restoran berkenaan di Seksyen 7 di sini diperiksa oleh pihak berkuasa, Selasa lepas.

Dalam operasi membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu, beberapa hiasan ayat suci Al-Quran di premis berkenaan diturunkan berikutan terdapat kesalahan cetakan.

Hakimsa berkata lebih menyedihkan fitnah itu menyentuh agama beliau, sedangkan beliau seorang Islam sejak dilahirkan.

"Saya juga telah mengerjakan haji tetapi kenapa masih menuduh saya bukan Islam? Janganlah buat saya macam ini, dalam Islam juga kita tidak boleh menuduh sebarangan. Saya marah dan sedih apabila ia menyentuh mengenai agama kita (Islam)," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.




Beliau membuat laporan polis mengenai perkara itu di Balai Polis Seksyen 7 kira-kira pukul 4 petang semalam.




Sementara itu, Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Kebangsaan, Harisrajudin Alaudin mahu polis menyiasat perkara itu selain akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi mencari dalang di sebalik perkara itu.

Semalam, JAIS dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pemeriksaan di lapan premis makanan di Seksyen 7 termasuk di Restoran Hakim tidak melibatkan isu status halal sebaliknya kerana premis berkenaan dikesan menggantung papan hiasan ayat Al-Quran mengandungi kesalahan cetakan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top