pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tun M Dedah Isu Letak Jawatan Pengerusi Proton
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi Proton dan bukannya dipecat, berikutan sy...

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi Proton dan bukannya dipecat, berikutan syarikat berkenaan "dilihat berdepan kesukaran dengan kerajaan".
"Saya tidak dipecat oleh pemilik atau pengurusan Proton. Saya memutuskannya sendiri, demi Proton... saya perlu berundur. Oleh itu, saya tidak menaruh dendam terhadap Proton dan tidak mahu ia gagal selepas saya meninggalkannnya.
"Ini kerana Proton dilihat mengalami kesukaran dengan kerajaan. Saya tidak mahu menjadi punca kegagalan Proton untuk pulih disebabkan kehadiran saya," kata bekas perdana menteri itu menerusi entri terbaharu di blognya, chedet.com.
Dr Mahathir berkata, dasar kerajaan sebelum ini ialah menggalakkan bahan tempatan dan kesemua kereta yang dikeluarkan atau dipasang di Malaysia akan mendapat rebat dari segi duti eksais berdasarkan peratus bahan tempatan yang digunakan.
"Kebanyak kereta asing dipasang di Malaysia mempunyai 30 - 40 peratus bahan tempatan. Proton mempunyai hampir 90 peratus bahan tempatan. Oleh itu, rebat untuk Proton adalah lebih tinggi. Ia bukan satu keistimewaan untuk Proton sahaja.
"Semua kereta tempatan dan asing berpeluang mendapatkan manfaat itu. Bahan tempatab meningkatkan kos pengeluaran kereta. Ini kerana elaun penghapusan oleh syarikat asing adalah lebih rendah berbanding bagi kos tempatan," katanya.
Dr Mahathir berkata, Proton menyumbangkan lebih banyak dana kepada kerajaan berbanding syarikat itu mendapatkan dana daripada kerajaan.
"Kerajaan dakwa menyediakan geran, pelbagai jenis bantuan termasuk pengecualian cukai bagi mengambil kira-kira RM13.9 bilion secara keseluruhan. Kebanyakannya daripada pengecualian cukai," katanya.
Beliau menambah, Proton menyediakan pekerjaan kepada kira-kira 12,000 pekerja pada satu-satu masa secara langsung, dan lebih 250,000 lagi secara tidak langsung.
"Proton mengurangkan aliran keluar dana mungkin berjumlah lebih RM100 bilion," katanya sambil menambah bahawa vendor turut menyediakan peluang pekerjaan dan mengurang aliran keluar dana.
Tambahnya, Proton terpaksa bersaing di tempat sendiri dengan Toyota, pengeluar kereta Korea Selatan, pengeluar kereta Jerman dan lain-lain.
Beliau berkata, syarikat-syarikat ini mampu untuk kehilangan pasaran di Malaysia dan memulihkannya di pasaran lain.
"Hari ini kerajaan tidak mempunyai kebanggan terhadap produk negara. Import lebih murah dan terdapat lebih ramai pengguna berbanding pengeluar. Dalam demokrasi, bilangan diambil kira. Jadi memuaskan hati yang ramai adalah lebih penting daripada keupayaan negara untuk membangun," katanya.#sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top