pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tun Mahathir Mohon Mahkamah Beku Aset Najib !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama dua pihak lain mengemukakan permohonan supaya Mahkamah Tinggi ...

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama dua pihak lain mengemukakan permohonan supaya Mahkamah Tinggi membekukan semua aset Perdana Menteri termasuk akaun bank dan pemilikan saham.
Dua yang lain adalah bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas Ketua Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin.
Mereka mahu mahkamah menghalang Datuk Seri Najib Tun Razak daripada memindahkan atau mengurangkan aset termasuk tanah, wang tunai atau pemilikan saham sama ada atas nama beliau atau milikan bersama yang didakwa bernilai RM2.6 bilion.
Ketiga-tiga individu terlibat juga mahu mahkamah mengarahkan Najib untuk menyatakan dengan terperinci semua asetnya dalam bentuk afidavit bersumpah yang difailkan ke mahkamah.
Kertas permohonan ini difailkan ke Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada kira-kira pukul 10.40 pagi, Selasa.
Peguam mereka, Mohamed Haniff Khatri Abdulla mengesahkan permohonan itu telah difailkan.
Menerusi permohonan itu, ketiga-tiga mereka mendakwa Najib menyalahgunakan pejabat awam dan tidak melaksanakan tugas hakiki sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional serta Presiden Umno.

Mereka juga mahu Mahkamah Tinggi memerintahkan Perdana Menteri supaya membayar RM2.6 bilion kepada kerajaan sebagai ganti rugi dan tambahan RM42 juta kerana ganti rugi tambahan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top