pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ujian Allah, Rosmah Nasihat Najib Agar Bersabar
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sering dinasihatkan oleh isterinya Datin Seri Rosmah Mansor agar sentiasa bersabar d...
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sering dinasihatkan oleh isterinya Datin Seri Rosmah Mansor agar sentiasa bersabar dalam menempuh apa jua keadaan.
Bukan setakat itu, malah, Rosmah yang sering berada disamping suaminya tatkala senang dan susah turut mengingatkan agar menganggap apa yang berlaku sebagai satu ujian yang datang daripada Allah.
“Nasihat saya, supaya bersabar banyak-banyak. Hal ini kerana ia adalah dugaan dari Allah,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Pra Pelancaran Persidangan Permata Antarabangsa, di Kompleks Seri Perdana, di sini hari ini.
Sebelum ini, Najib terpalit dengan isu wang derma RM2.6 bilion dan kontroversi yang melibatkan syarikat pelaburan milik kerajaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bagaimanapun, nama Najib dapat dibersihkan setelah Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir memberikan penjelasan mengenai wang derma tersebut.
Manakala, dalam isu 1MDB, segala fitnah terhadap Najib terjawab apabila Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin menjelaskan PAC tidak menemui sebarang bukti untuk menunjukkan salah laku atau salah guna kuasa yang boleh dikaitkan dengan Perdana Menteri.
Mengulas lanjut, Rosmah yang juga Penaung Permata turut mengingatkan suaminya bahawa Allah mengetahui niat sebenar apa yang dilakukan.
Selain itu, beliau turut mengingatkan Najib agar sentiasa berdoa kepada Allah.
“Apa yang mustahak Allah faham dan memahami perkara sebenarnya. Apa-apa pun, kita harus berdoa dan redha pada Allah,” ujar beliau lagi.

Advertisement

Post a Comment

 
Top