pahangdaily pahangdaily Author
Title: Veteran UMNO Mahu Tun M Di Kena Akta Hasutan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Veteran Umno meminta kerajaan mengambil tindakan tegas mengikut Akta Hasutan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad kerana per...

KUALA LUMPUR: Veteran Umno meminta kerajaan mengambil tindakan tegas mengikut Akta Hasutan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad kerana perbuatannya yang cuba mendapatkan campur tangan kuasa asing dalam hal pentadbiran negara.

Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata tindakan bekas Perdana Menteri itu telah melampaui batas dan jelas menunjukkan beliau dalam keadaan terdesak untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Veteran Umno tidak mahu kerajaan berkompromi dalam hal kestabilan negara dan tidak sewajarnya membenarkan mana-mana rakyat negara ini mensabotaj negara sendiri.

"Tidak harus ada pertimbangan dan tolak ansur demi maruah negara," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Dalam temu bual dengan akhbar Australia, The Weekend Australian, Dr Mahathir dilaporkan berkata bahawa harapan Najib untuk berundur adalah tipis sekiranya tidak mendapat tekanan pihak luar.

Mustapha berkata sikap Dr Mahathir membuktikan beliau sedang berhadapan dengan satu keadaan pertentangan jiwa di antara rasional dan emosional.

"Tun Mahathir sanggup menjilat ludahnya sendiri dan membelakangi prinsipnya yang suatu masa dahulu amat membenci campur tangan asing dalam hal pentadbiran negara ini.

"Jelas Tun Mahathir bersikap 'double standard'. Beliau tidak mahu kuasa asing campur tangan semasa pemerintahannya, tetapi beliau sendiri yang berusaha mendapatkan pengaruh kuasa asing untuk menjatuhkan Najib," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Boley Jalan said... Monday, April 11, 2016 4:09:00 PM

Amno dah bangkrap ke? Bahalul betul veteran2 amno ni.

Anonymous said... Tuesday, April 12, 2016 9:49:00 AM

Kalau tak tunjuk sokong tak dapat dedak.sokongan bukan ikhlas..kalau ikhlas kerana ugama,bangsa dan negara dah lama veteran nasihatkan najib dengan isu skandel..

 
Top