pahangdaily pahangdaily Author
Title: Wanita Larikan Kanak-Kanak Direman Empat Hari
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Indonesia yang disyaki melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di SS19, Subang Jaya...
KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Indonesia yang disyaki melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di SS19, Subang Jaya, direman empat hari, bermula hari ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari berkata, wanita yang dikenali sebagai Azizah, 20, (foto) itu ditahan ahli kariah Masjid Ar-Rahman di Jalan Pantai Baharu, pada jam 9.30 malam Selasa, ketika bersama mangsa, Puteri Nurkyra Izam.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan, kerana menculik atau melarikan remaja bawah umur tanpa keizinan penjaga yang sah,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati, wanita itu datang ke negara ini menggunakan dokumen sah menerusi ejen dan mahu menyewa bilik di sebuah hotel, tetapi tidak membawa sebarang dokumen, menyebabkan dia terpaksa membawa mangsa tidur di masjid.
Jelasnya, kehadiran mangsa dan suspek yang berlegar-legar di kawasan masjid dicurigai ahli kariah masjid yang kemudiannya memaklumkan polis.
Mohammad Azlin berkata, polis turut memberi masa kepada kanak-kanak disleksia itu untuk berehat, sebelum membawanya ke Hospital Serdang untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.
“Siasatan awal mendapati, mangsa dengan rela hati mengikut suspek keluar dari rumah, berdasarkan surat tulisannya yang turut menyatakan tidak mahu ibu bapanya risau dan mencarinya,” kata Mohammad Azlin.
Suspek yang mendakwa melarikan diri daripada majikannya, ditemui ibu bapa kanak-kanak itu di perhentian bas di hadapan Pusat Beli-belah Subang Parade, pada 5 April lalu.
Mereka kemudiannya membawa suspek pulang ke rumah, kerana bersimpati dengannya.
Kanak-kanak itu disedari hilang kira-kira jam 5 pagi semalam.
Berita kehilangannya menjadi viral di laman sosial Facebook, apabila ibu saudaranya memuat naik gambar mangsa. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top