pahangdaily pahangdaily Author
Title: TPM: Bom Di Damansara Tiada Kaitan Pengganas
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri menegaskan, penemuan tujuh butir bom di sebuah kondominium di Damansara Perdana, semalam, tiada ...
PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri menegaskan, penemuan tujuh butir bom di sebuah kondominium di Damansara Perdana, semalam, tiada kaitan dengan keganasan mahupun Daish.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi menentukan motif.
“Kejadian ini tiada kaitan dengan Daish, sebaliknya disebabkan perbuatan individu tertentu,” katanya yang dipetik Harian Metro ketika menghadiri Majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di Rumah Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), semalam.
Jelasnya, keselamatan penghuni kondominium dan penduduk sekitar adalah terjamin dan keselamatan di dalam negara ketika ini juga masih terkawal, dengan pihak berkuasa bersiap siaga berdepan sebarang ancaman keganasan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad yang dipetik Bernama sebagai berkata, polis sedang memburu seorang lelaki dikenali sebagai Ah Chong, 37, dan seorang wanita berumur 39 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan bom itu.
Menurutnya, bertindak atas maklumat, polis telah melakukan serbuan pada jam 4.30 pagi semalam di sebuah kondominium di Damansara Perdana untuk menjejaki suspek.
Bagaimanapun, suspek berjaya melarikan diri dan polis menemui tujuh butir bom tangan berbentuk mercun bersama alatan eletronik, dadah yang disyaki syabu seberat dua kilogram dan sejumlah pil Eramin 5.
Susulan itu, lebih 200 penduduk kondominium terbabit terpaksa dipindahkan dan semua bahan letupan itu dibawa ke kawasan lapang berhampiran untuk dimusnahkan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top