pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ahli Parlimen K.Kangsar, Arkitek Berpengalaman !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, 56, merupakan seorang arkitek berpengalaman, ...

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, 56, merupakan seorang arkitek berpengalaman, sebelum menceburi politik.
Lulusan sarjana dalam bidang arkitek dari Kingston University London itu,  pernah berkhidmat dengan beberapa firma arkitek di United Kingdom dan dalam negara sebelum menubuhkan syarikat arkiteknya, W and W Architects.
Belia, yang mula aktif dalam politik sejak menjadi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar pada 2005, telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan pada Pilihan Raya Umum 2008.
Pada Pilihan Raya Umum 2013, beliau telah memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
Anak kelahiran Kuala Kangsar itu dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB pada September 2013. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top