pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ahli UMNO 'Tanding Bebas' Di Pecat Serta-Merta !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Ahli-ahli Umno yang bertanding menentang Barisan Nasional (BN) dalam mana-mana pilihan raya atau pilihan raya kecil (PR...

PETALING JAYA: Ahli-ahli Umno yang bertanding menentang Barisan Nasional (BN) dalam mana-mana pilihan raya atau pilihan raya kecil (PRK) akan terbatal keahliannya secara serta-merta, kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh.

"Perlembagaan kami adalah sangat jelas. Jika anda bertanding atas platform bebas atau mana-mana platform lain tanpa persetujuan Umno anda akan secara automatik dipecat," katanya, Selasa.

Beliau memberi contoh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang bertanding pilihan raya umum (PRU) 2004 sebagai calon Bebas di kerusi Pasir Mas.

Terdahulu pada Selasa, Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka Syed Rosli Harman Jamalullail mengumumkan hasrat untuk bertanding, dengan berkata beliau tidak berpuas hati dengan keputusan BN yang meletakkan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon.

Mastura, isteri kepada Datuk Wan Mohammad Khai-ril Anuar Wan Ahmad, adalah calon BN bagi PRK Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

"Memang benar saya akan bertanding. Saya amat kecewa dengan kepimpinan Umno kerana saya tidak gembira dengan mereka yang meletakkan Datin Mastura sebagai calon," kata Syed Rosli ketika dihubungi.

"Saya pasti beberapa pemimpin di Kuala Kangsar juga kecewa kerana mereka tidak diberi peluang.

"Saya sangat yakin parti akan mengambil tindakan tegas terhadap saya tetapi saya tidak ada pilihan," katanya, sambil menambah parti itu masih mempunyai masa untuk menukar calon sebelum penamaan calon pada 5 Jun. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top