pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ali Tinju Lapor Polis, Dakwa Jamal Ancam Nyawa
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Timbul kontroversi apabila bekas tentera, Mohd Ali Baharom, yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju, mendakwa bahawa pemimp...

KUALA LUMPUR: Timbul kontroversi apabila bekas tentera, Mohd Ali Baharom, yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju, mendakwa bahawa pemimpin himpunan 'Baju Merah' telah mengancam untuk mencederakannya.

Beliau membuat laporan polis terhadap Ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos, yang didakwa mengancam untuk menyerang dan menembaknya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dakwaan itu akan disiasat.

"Jika ada perlanggaran syarat dalam lesen senjata api, kami akan menarik balik lesen itu," kata Khalid kepada pemberita selepas menghadiri kejohanan ragbi Piala Rujirawongse 2016 di Pusat Latihan Polis di sini.

Ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Ali Tinju mendakwa Jamal telah menelefonnya kira-kira pukul 6.30 petang Rabu selepas beliau membuat kenyataan bahawa Jamal tidak layak untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.



"Dia kurang ajar dan mula mengugut saya bahawa dia akan menyerang dan menembak saya. Sebab itu saya membuat laporan polis terhadapnya," katanya.

Ali Tinju juga mendakwa Jamal suka menunjuk-nunjuk senjata apinya kepada orang ramai, yang secara tidak langsung boleh membahayakan nyawa orang sekeliling.

Mengimbas kembali kejadian, Ali Tinju mendakwa semasa perhimpunan Baju Merah September tahun lepas, Jamal telah menyerahkan dua senjata api kepada orang-orangnya dan mendakwa mereka telah 'bermain-main' dengan senjata tersebut.

"Dia menunjukkan senjata kepada orang ramai, malah dia juga membiarkan sahaja senjatanya itu di tangan orang lain yang tidak mempunyai lesen," katanya.

Ali Tinju dan Jamal menjadi perhatian dan dikaitkan dalam beberapa perhimpunan sentimen perkauman tahun lalu, dikritik oleh kumpulan bersederhana rakyat Malaysia yang berkata perhimpunan seperti itu menjejaskan keharmonian pelbagai kaum di negara ini.

Kedua-duanya memilih warna merah sebagai warna pakaian untuk dipakai di perhimpunan itu. Ali Tinju berkata beliau dengan Gerakan Merah (Red Movement) manakala Jamal di belakang kumpulan himpunan Baju Merah.

Walau bagaimanapun, Ali Tinju memilih untuk menjauhkan dirinya daripada Jamal selepas beliau berkata rusuhan mungkin akna berlaku semasa demonstrasi di Petaling Street tahun lepas jika Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan gagal untuk bertindak ke atas aduan terhadap peniaga Cina di sana yang didakwa menjalankan perniagaan secara haram.

Ali Tinju didakwa menghasut pada Julai 2015 sehingga menimbulkan ketegangan kaum dalam ucapannya sebelum rusuhan di hadapan Plaza Low Yat pada 12 Julai, kira-kira jam 8.30 malam.

Pertuduhan itu telah ditarik balik pada bulan Oktober tahun itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo di Parlimen kemudiannya berkata bahawa Peguam Negara telah menarik balik pertuduhan itu selepas mengkaji semua bukti dan keterangan.

Jamal telah ditangkap pada September 2015 kerana membuat ugutan yang boleh mendorong rusuhan kaum di Petaling Street.

Dia tidak ditahan reman dan dibebaskan dari Balai Polis Dang Wangi pada hari berikutnya.

Percubaan untuk menghubungi Jamal untuk mendapatkan komennya tidak berjaya. Dia tidak menjawab telefon bimbitnya atau membalas mesej WhatsApp. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top