ANGKARA Gesa "Mangsa Pokok" Di Beri Bantuan


KUANTAN: Mangsa insiden kereta yang dihempap pokok di perkarangan Pejabat Pos Besar dekat sini semalam merayu supaya pihak yang bertanggung jawab tampil membantu beliau dalam kes ini. Demikian ditegaskan oleh Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) ketika menghubungi PDO sebentar tadi.


Menurut Shukri, mangsa berkenaan yang berasal dari Felda Kota Gelanggi di Jerantut, trauma dengan kejadian itu. Beliau yang datang ke Kuantan atas urusan berkaitan amat terkejut apabila keretanya yang diletakkan di kawasan parkir di perkarangan pejabat pos berkenaan tiba-tiba dihempap oleh dahan pokok yang jatuh.


Susulan kejadian itu pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPA) telah dipanggil untuk membantu. Kenderaan mangsa kini berada di Balai Bomba Bukit Ubi dan beliau terpaksa pulang ke Jerantut untuk menguruskan dokumen yang berkenaan.


"Saya telah melaporkan perkata ini kepada pihak yang berkenaan, dan amat berharap mereka membantu kos-kos berkaitan. Ini bukan kesalahan mangsa, tapi ini kecuaian pihak berkenaan memantau. Justeru, saya amatlah berharap pihak yang bertanggungjawab terutamanya Pos Malaysia dapat mengambilkira kerugian yang ditanggung oleh mangsa", kata Shukri.


"Saya telah hubungi pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), namun mereka menafikan perkara itu dibawah bidang kuasa PBT terbabit. MPK katanya hanya bertanggungjawab terhadap pokok-pokok yang berada di luar kawasan, dalam kes ini pokok terletak dalam kawasan pagar Pejabat Pos Besar... maka itu pihak terbabit mendakwa mereka tidak boleh dipersalahkan. Buat masa ini saya sedang mendapatkan maklumat daripada pihak Pos Malaysia untuk urusan berkaitan. Andainya Pos Malaysia juga tidak mahu bertanggung jawab maka kes ini pasti lebih bermasalah sebenarnya", dakwa Shukri.


Justeru beliau berharap agar kes ini dapat diselesaikan secara profesional. "Mana mungkin tiada pihak bersalah dalam kes pokok ini, jika tidak pokok itu didalam bidang kuasa siapa?. Siapa yang keluarkan tender untuk urusan pokok-pokok berkenaan sebenarnya... Kes ini masih dalam tindakan.. dan kami (Angkara) akan cuba membantu mangsa agar beliau tidak mengalami kerugian atas kecuaian yang berlaku.. memang ianya adalah takdir tapi kita tidak harus menolak kecuaian pihak berkenaan memantau", tambah Shukri lagi. #PDO

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]