pahangdaily pahangdaily Author
Title: Annuar Musa: "Bazar & Arked Mara" Di Naik Taraf
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Majlis Amanah Rakyat (Ma­ra) akan membina, membaik pulih dan menaik taraf bazar serta arked miliknya di seluruh negara.  Pe...

KUANTAN: Majlis Amanah Rakyat (Ma­ra) akan membina, membaik pulih dan menaik taraf bazar serta arked miliknya di seluruh negara. 

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, untuk bazar atau arked yang telah lama sehingga usia melebihi 30 ke 40 tahun dan membawa imej lama agensi itu, Mara akan merobohkan bangunan ber­kenaan untuk dibina baharu.

Katanya, pihaknya menerima peruntukan kira-kira RM40 juta untuk kerja-kerja berkenaan selain turut mempunyai dana dalaman bagi berbuat demikian.

“Perkara ini kita lakukan kerana kita mahu lihat bazar Mara itu hidup, ada sesetengah bazar Mara hidup segan mati tidak mahu dan peniaga merana, hendak bayar sewa pun susah kerana berniaga tidak maju.

“Saya hendak semua yang meniaga di bangunan Mara mesti maju perniagaannya, jadi Mara perlu bagi yang terbaik untuk bantu orang Melayu dan beri peluang yang berkualiti kepada peniaga terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan ramah mesra bersama peniaga Arked Mara Jaya Gading, di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama Pengarah Mara negeri, Kamaruddin Awang.

Annuar berkata, usaha itu turut dilakukan kerana Mara ingin melihat orang Melayu berniaga terutama golongan muda dan nasib mereka terbela.

Sementara itu, mengulas mengenai diskaun 50 peratus pembayaran balik kepada peminjam pendidikan yang ditawarkan sempena ulang tahun Mara ke-50, beliau berkata, sambutan yang diterima begitu menggalakkan.

Menurutnya, pemimpin Mara yang masih belum membuat permohonan mempunyai masa sehingga hujung tahun ini untuk berbuat demikian.


“Kita buat ini bukan tiap-tiap tahun, ini sempena 50 tahun Mara, untuk tahun ini sahaja dan untuk pemegang akaun sedia ada sahaja,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top