pahangdaily pahangdaily Author
Title: Azmin Marah & Kecewa, PAS Enggan Kerjasama !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KLANG:  Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali marah dan kecewa kerana PAS enggan bekerjasama dalam strategi kerajaan neg...

KLANG: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali marah dan kecewa kerana PAS enggan bekerjasama dalam strategi kerajaan negeri untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang akan datang.
Menurut sumber PKR, kepimpinan tertinggi PAS tetap berdegil walaupun Azmin menjelaskan secara terperinci bahawa kepentingan parti Islam itu akan terus dilindungi.
"Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tetap akan bertanding walaupun dimaklumkan PKR mempunyai peluang lebih baik untuk memenangi kerusi itu," kata sumber itu.
Jelas sumber itu lagi, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad yang berunding dengan Azmin juga gagal meyakinkan Hadi, menyebabkan rundingan tersebut menemui jalan buntu.
Ketika dihubungi, setiausaha politik Azmin, Mat Shuhaimi Shafiei bagaimanapun yakin ia akan diselesaikan kerana masih ada masa sebelum hari penamaan calon pada 5 Jun ini.
Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong selepas penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon terbunuh dalam nahas helikopter terhempas di Sarawak pada 5 Mei lalu.
Kawasan parlimen itu mempunyai 33 peratus pengundi Cina manakala 1.9 peratus lagi pengundi India. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Boley Jalan said... Thursday, May 26, 2016 12:19:00 PM

Kenapa nak marah che min.....kan Pas tu penasihat ameno. Hakikatnya Pas kuda tunggangan ameno yg nko nak pegi cite cite tu buek apo! Hanya penyondol tegar yg buek camtu.

Anonymous said... Thursday, May 26, 2016 12:54:00 PM

Mungkin kalau PKR nak buat hudud, pas boleh kerjasama. Sekarang elok le pkr, pan dan dap dlm satu team.

 
Top