pahangdaily pahangdaily Author
Title: 'Burger Percuma' Bukanlah Kempen Tanding PRK
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos menolak desas-desus program 'Burger Percuma Untuk Semua'...

PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos menolak desas-desus program 'Burger Percuma Untuk Semua' adalah strategi yang diatur untuk menjadi calon Barisan Nasional (BN) sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar diadakan dalam masa terdekat.
Sebaliknya, Jamal berkata, beliau lebih selesa menjalankan amanah dan tanggungjawab di kawasan itu dengan melakukan tugas-tugas menggerakkan jentera bagi melancarkan perjalanan kempen dan memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN).
"Saya tak berhasrat pun nak jadi calon seperti mana yang diperkatakan ramai orang.
"Sebagai ketua bahagian dan Pengerusi BN Sungai Besar saya lebih lihat gerak kerja yang dilakukan adalah satu tanggungjawab," katanya kepada mStar Online, Isnin.
Penganjur Himpunan Baju Merah ini mengulas mengenai desas-desus di media sosial bahawa beliau sudah pun memulakan kempen secara senyap dan didakwa telah mula menonjolkan diri untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar.
Dakwaan itu timbul gara-gara promosi 'burger percuma' kepada penduduk di Sekinchan dan Sungai Besar yang diiklankannya di laman Facebook.
Tegasnya, program 'burger percuma' itu telah dibuat di Sekinchan pada 24 April lalu sebelum kejadian nahas helikopter Khamis lalu, justeru isu ini tidak sepatutnya timbul.
"Soal saya menonjol diri itu timbul bila saya buat program 'Burger Percuma Untuk Semua' sedangkan program itu saya telah mulakan lebih awal di Sekinchan.
"Kebetulan pada 14 Mei ini program ini diadakan di Sungai Besar jadi ramai yang kritik saya, kata saya nak bertanding dan sudah mula strategi kempen," katanya.
Jamal yang hampir tiga tahun dipilih menjadi ketua Umno bahagian Sungai Besar berkata, pihaknya kini berada dalam tempoh bertenang setelah kehilangan Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon, tetapi pada masa sama sudah bersedia untuk mengaktifkan jentera pilihan raya.
Mengulas lanjut mengenai calon, beliau dan Umno bahagian Sungai Besar menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan siapa calon yang layak untuk bertanding dalam PRK Sungai Besar bagi menggantikan Noriah.
"Memilih calon adalah hak mutlak Presiden Umno merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, tapi sudah jadi lumrah kita akan menghantar nama calon untuk dipertimbangkan," katanya.
Mengenai hubungan beliau dengan Noriah, Jamal berkata, beliau menganggap Noriah sebagai 'kakak angkat'.
"Walaupun kadang-kadang saya nampak agresif dan bertentang pendapat dengannya, tapi kami sebenarnya berhubung mesra dan sentiasa bekerjasama untuk manfaat parti," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top