pahangdaily pahangdaily Author
Title: Cederakan Bekas Isteri, Awie Di Denda RM2,000 !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Penyanyi rock Awie didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah mencederakan bekas isterinya,...
KUALA LUMPUR: Penyanyi rock Awie didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah mencederakan bekas isterinya, Rozana Misbun di kaunter PNB Jalan Tun Razak dua tahun lepas.
Majistret Husna Dzulkifly menjatuhi hukuman itu selepas Awie menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Sebelum ini Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurut Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM4,000 atau kedua-duanya.
Awie didakwa mendatangkan kecederaan ke atas Rozana, 38, di kaunter PNB Jalan Tun Razak, di sini pada 3 petang, 2 Jun 2014. Hari ini ditetapkan untuk perbicaraan kes itu.
“Ya, saya mengaku salah,” kata Awie yang memakai kot kelabu dan berseluar jeans selepas pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya.
Mahkamah turut memerintahkan vokalis kumpulan Wings itu dipenjarakan dua bulan sekiranya gagal membayar denda. Awie membayar denda itu.
Ketika rayuan, peguam Hazman Harun yang mewakili Awie, selaku Orang Kena Saman (OKS), memohon mahkamah menjatuhi hukuman denda paling minimum atas alasan Awie menukar pengakuan bersalah dan menjimatkan masa mahkamah sebelum saksi pendakwaan dipanggil.
Hazman berkata tindakan yang dilakukan Awie juga di luar kawalan kerana kecewa apabila wang simpanan untuk masa depan dan pembelajaran anaknya berjumlah lebih RM100,000 hanya tinggal RM230.
“Awie insaf dengan perbuatannya, beliau berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu yang merupakan satu tragedi dalam hidupnya,” kata peguam itu yang memberitahu mahkamah, Awie merupakan penanggung utama pembelajaran lima anaknya.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk tindakan Awie sebagai seorang suami (ketika kejadian) yang sepatutnya bertanggungjawab melindungi isteri.
“Selain itu kesan yang dialami mangsa bukan saja terhadap kesakitan, tetapi trauma dan perasaan malu di depan orang awam.
“OKS merupakan seorang selebriti yang tidak asing dalam masyarakat, beliau mempunyai tanggungjawab untuk pamerkan sifat dan contoh baik kepada masyarakat,” katanya.
Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Majistret Ampang melepas dan membebaskan Awie daripada pertuduhan mencederakan Rozana di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang selepas mereka bersetuju kes itu diselesaikan dengan cara membayar kompaun RM10,000 dan permohonan maaf secara terbuka daripada pihak Awie. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top