pahangdaily pahangdaily Author
Title: Cubaan Letup Mesin ATM, Tapi Duit Tidak Terjejas
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KARAK : Dua individu didapati menggunakan bom buatan sendiri untuk meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di sin...

KARAK: Dua individu didapati menggunakan bom buatan sendiri untuk meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di sini pagi tadi.

Namun dilapor letupan itu hanya menyebabkan kesan kemek pada mesin tersebut sementara peti wang tidak terjejas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata kejadian berlaku pada pukul 5.20 pagi.

"Letupan juga mengakibatkan kerosakan kecil pada siling bank. Kita percaya mereka menggunakan bom buatan sendiri," katanya kepada pemberita. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top