pahangdaily pahangdaily Author
Title: Dua Pelajar Cedera Akibat 'Di Belasah' 17 Senior !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
MUADZAM SHAH:  Dua pelajar  tingkatan satu sebuah sekolah menengah berasrama penuh, di sini mengalami kecederaan akibat dipukul oleh se...

MUADZAM SHAH: Dua pelajar  tingkatan satu sebuah sekolah menengah berasrama penuh, di sini mengalami kecederaan akibat dipukul oleh sekumpulan pelajar senior.  

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, laporan polis berhubung insiden itu telah dibuat oleh kedua-dua mangsa dan mereka menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas dua pelajar lelaki terbabit didapati terdapat  kesan lebam pada tangan, badan paha mereka.

Menurutnya, ketika kejadian pada sekitar jam 3 pagi, 16 Mei lalu itu, dua mangsa terbabit yang sedang tidur di bilik asrama didatangi lima pelajar tingkatan dua serta tiga sekolah terbabit.

“Kedua-dua mangsa dikejutkan dan dibawa ke belakang bangunan asrama sebelum dipukul 17 pelajar senior lain dengan menggunakan tangan.

“Kedua-dua mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Muadzam Shah dan keadaan mereka stabil,” katanya.

Muhammad Aidil berkata, hasil siasatan mendapati kes itu berpunca daripada seorang mangsa dikatakan mencuri telefon bimbit milik seorang suspek yang disaksikan oleh seorang lagi mangsa.

“Kesemua 17 pelajar berkenaan ditahan dan pihak sekolah telah menggantung mereka, termasuk dua mangsa” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top