pahangdaily pahangdaily Author
Title: Gerai Terbakar Di Batu Hitam, Akan Di Baik Pulih !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan membaik pulih tiga gerai MPK di Batu Hitam yang terbakar pagi kelmarin. Pegawai Perhub...

KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan membaik pulih tiga gerai MPK di Batu Hitam yang terbakar pagi kelmarin.

Pegawai Perhubungan Awam dan Kemasyarakatannya, Nurul Sulaiman berkata, kerugian akan dinilai terlebih dahulu sebelum kontraktor dilantik, memulakan kerja-kerja pembaikan.

Menurutnya, kerja-kerja tersebut akan mengambil masa sebelum gerai berkenaan dapat beroperasi seperti biasa.

“Terdapat beberapa perkara perlu diselesaikan sebelum kerja pembaikan dilakukan kerana ia membabitkan penilaian kemusnahan bangunan.

“Setakat ini, peniaga terjejas memohon untuk berniaga sementara di kawasan berdekatan sebelum gerai yang musnah dibaik pulih sepenuhnya.

“Bagaimanapun perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut selepas ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid berkata, beliau bersimpati di atas kejadian yang menimpa peniaga terbabit.

Katanya, beliau berharap MPK dapat meluluskan permohonan peniaga yang mahu berniaga sementara gerai mereka dibaik pulih.

“Sekurang-kurangnya pendapatan mereka tidak terjejas jika diberi kebenaran untuk berniaga di kawasan berdekatan,” katanya.

Ketika kejadian pada kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin itu, tiga gerai jualan masakan panas musnah, manakala seorang peniaga cedera disambar api. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top