Gurauan Akhir MP Kuala Kangsar Sebelum Nahas


IPOH: "Saya tak mahu makan banyak, takut helikopter tak boleh naik," itu antara gurauan akhir Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad sebelum pesawat dinaiki hilang petang Khamis.
Gurauannya itu dikongsikan Ketua Puteri Umno Kuala Kangsar, Nurul Azni Bani Ami yang menyertai satu program dihadiri Wan Mohammad Khair-il selaku Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Betong, Sarawak.
"Semasa jamuan makan selepas majlis itu, beliau (Wan Mohammad Khair-il) enggan makan banyak sebab takut helikopter berat. Sehingga kini gurauan itu masih terngiang-ngiang di telinga saya," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.
Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak dalam sidang media di Kuching pagi Jumaat mengesahkan Mohammad Khair-il adalah antara enam penumpang pesawat Eurocopter AS350 yang hilang dari radar semalam dan ditemui serpihannya pada pagi Jumaat.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Dr Sundaran Annamalai turut berada di dalam helikopter berkenaan. 
Helikopter itu berlepas dari Betong, pada 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang. 
Menurut Nurul Azni, Mohammad Khair-il sepatutnya menaiki helikopter yang  lain, namun disebabkan juruterbang pada ketika itu tiada maka beliau telah diajak oleh Noriah untuk terbang bersamanya. 
"Disebabkan beliau mengejar penerbangan ke Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 9 malam (Khamis), maka Mohammad Khair-il terpaksa menumpang helikopter Noriah supaya sampai cepat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching," katanya. #sumber


0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]