pahangdaily pahangdaily Author
Title: Isu Banglo: Lim Guan Eng Hadir Beri Keterangan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
GEORGE TOWN:  Ketua Menteri Lim Guan Eng tiba di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini untuk membantu siasatan...

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Lim Guan Eng tiba di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini untuk membantu siasatan berhubung pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn dan penjualan tanah di Taman Manggis.
Guan Eng tiba di pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah kira-kira pukul 10.05 pagi untuk diambil keterangan selepas sesi pada Jumaat berakhir selepas pukul 7 malam.
Peguam RSN Rayer yang tiba lebih awal kira-kira pukul 9.30 pagi bertemu Guan Eng di pintu masuk bangunan tersebut.
Gobind Singh yang hadir pada sesi soal siasat pada Jumaat memberitahu pemberita bahawa SPRM memerlukan masa selama dua hari untuk mengambil keterangan daripada Guan Eng.
Pada Jumaat, pemilik rumah banglo tersebut, Phang Li Koon hadir memberi keterangan kepada SPRM di sini.
Phang dan pemilik KLIDC Sdn Bhd Datuk Tang Yong Chew hadir bersama-sama peguam mereka.
Phang tiba pada kira-kira 8.30 pagi bersama dengan pemilik dan dilihat memasuki bangunan SPRM dengan ditemani para peguam beliau.
Kesemua mereka dilihat meninggalkan bangunan SPRM kira-kira 1.30 tengah hari.
Pembelian banglo di Jalan Pinhorn, George Town oleh Lim dengan harga RM2.8 juta mencetuskan kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat dan mendakwa harga itu adalah di bawah nilai pasaran.

Proses jual beli itu juga didakwa mempunyai kaitan dengan penjualan tanah negeri di Taman Manggis yang diperuntukkan bagi pembinaan projek perumahan rakyat termiskin.

KLIDC (Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd) telah membeli tanah itu daripada kerajaan negeri. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Saturday, May 07, 2016 8:43:00 PM

Sapa yang bangkit isue ini akan berasa panas punggung bila SPRM mula buak kertas siasatan sebabnya yang pergi memberi keterangan pada SPRM semuanya punyai fakta dan bukti kukuh sebaliknya tuduhan yang dibuat oleh yang membuat laporan akan getar lutu bial dibaca dimahkamah nanti hanya berdo'a sajalah agar kompound atau bayaran yang akan dituntut oleh tertuduh mampu dibayar atau sebaliknya pula yang akan berlaku pesalah tidak kepenjara yang menuduh pula yang akan duduk disebalik pagar besi.

 
Top