Kemuka "Bukti Dakwaan Rasuah" Kepada SPRM !


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli diminta mengemukakan semua bukti berhubung dakwaan permintaan wang dan perempuan untuk berurusan dengan kerajaan Selangor yang dibangkitkan sebelum ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata dalam masa sama, Biro Politik parti akan turut meneliti dakwaan berkenaan yang dibangkitkan Anggota Parlimen Pandan itu beberapa hari lalu.

"Sekiranya melibatkan anggota parti, anggota tersebut akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Biro PKR di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, dekat sini, malam Selasa.

Ditanya mengenai kedudukan jawatan Rafizi, Wan Azizah berkata perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]