pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kerajaan Di Gesa "Warta" Penempatan Orang Asli
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
ROMPIN: Persatuan Pengamal Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Malaysia (Proguam) Pahang, mendesak kerajaan negeri mewartakan penempat...

ROMPIN: Persatuan Pengamal Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Malaysia (Proguam) Pahang, mendesak kerajaan negeri mewartakan penempatan masyarakat Orang Asli sebagai kawasan tanah adat dan memberikan geran ke atas tanah didiami serta ladang diusahakan.

Pengerusinya, Mohd Fadzli Mohd Ramly (foto) berkata, tindakan itu perlu bagi menjamin hak golongan itu supaya mereka tidak dilihat seperti rakyat kelas ketiga.

Menurutnya, masyarakat Orang Asli perlu mendapat layanan sama rata seperti kaum lain di negara ini.

“Tidak dinafikan pada masa ini masyarakat Orang Asli di Pahang atau di negara ini secara amnya mendiami tanah yang diibaratkan seperti ihsan daripada kerajaan negeri.

“Kebanyakan mereka tiada geran tanah didiami atau dijadikan ladang yang secara tidak langsung menyebabkan mereka tiada hak ke atas tanah itu yang biasanya terletak di pinggir kampung atau hutan,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, masalah itu timbul apabila bermulanya proses pembukaan tanah untuk projek kerajaan atau swasta yang kebanyakannya melibatkan penempatan masyarakat Orang Asli.

“Masyarakat Orang Asli ini apabila berhadapan isu pengambilan tanah, biasanya mereka akan mengalah. Sepatutnya, perlu ada jalan penyelesaian bagi menjaga kepentingan golongan ini.

“Jika kerajaan keberatan keluarkan geran, maka kerajaan negeri perlu mewartakan penempatan mereka atas nama tanah adat termasuk kawasan rayau yang jadi tempat mereka cari rezeki,” katanya.

Memberikan contoh seperti yang berlaku di Kampung Jemeri, Mohd Fadzli berkata, tanah untuk membuka projek ladang nanas semakin diperluas hingga menyebabkan kawasan kediaman dan mencari rezeki masyarakat Orang Asli di situ semakin sempit dan kehidupan mereka terhimpit.

Menurutnya, tanah didiami penduduk sejak turun temurun itu bakal hilang.

Katanya, paling menyedihkan, tiada bayaran pampasan diberikan berdasarkan harga pasaran mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 kerana tanah tidak diwartakan atau tiada geran. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top