pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kes "Hina TMJ", Penyokong Pahang Di Bebaskan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JOHOR BAHRU:  Seorang penyokong bola sepak Pahang, Muhammad Masyur Abdullah (foto) yang direman dua hari oleh pihak polis kerana ditudu...

JOHOR BAHRU: Seorang penyokong bola sepak Pahang, Muhammad Masyur Abdullah (foto) yang direman dua hari oleh pihak polis kerana dituduh mengutuk pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dibebaskan jam 2 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Peguamnya Chan Kheng Fai berkata polis memohon melanjutkan tahanan reman tetapi dibantah oleh peguam. Penolong Pendaftar Majistret Johor Bahru, Nuriza Mustafa memutuskan untuk menolak permohonan polis dan memerintahkan Masyhur dibebaskan.

“Setahu saya mereka (polis) akan buat siasatan selanjutnya. Akan bagi masa dua minggu untuk siasatan.

“Jika ada tuduhan atau perlu ambil keterangan akan panggil semula,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Masyhur melalui peguamnya mengucapkan penghargaan diatas keprihatinan dan sokongan kawan-kawan dan keluarga sepanjang tempoh penahanan.

“Terima kasih kerana memberikan sokongan kepada kawan-kawan dia, daripada keluarga, ambil berat pasal dia tiga hari ini,” katanya.


Penolong Pengurus syarikat insurans berusia 29 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia pada Rabu lalu selepas dituduh menghantar mesej jelik dalam Twitter untuk menghina dan menyakitkan hati pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Suspek yang berasal dari Temerloh itu dituduh mengeluarkan komen berkenaan melalui akaun Twitter ‘Keluang Man’ sebagai reaksi terhadap gambar manipulasi grafik yang memaparkan TMJ sedang menikmati hidangan seekor gajah tertera perkataan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) dalam laman Twitter Johor Southern Tigers.

Gambar makan gajah itu menjadi viral selepas JDT menewaskan pasukan Pahang 6-0 dalam perlawanan Liga Super hujung minggu lalu dan TMJ dilaporkan berkata gambar makan gajah itu sekadar ‘suka-suka’ dan ‘sedikit perang psikologi’.

Namun bagi Masyhur, dia berdepan dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top