pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ketua Polis Negara Jumpa Tengku Mahkota Johor
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JOHOR BAHRU:  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengadakan pertemuan dengan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibra...

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengadakan pertemuan dengan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bagi menjelaskan mengenai beberapa perkara.

Ketua Polis Negeri, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd (foto) mengesahkan bahawa pertemuan antara Tunku Ismail dan Khalid telah diadakan di Istana Bukit Pelangi di sini pada pagi Khamis.

"Kami tiba di istana pada kira-kira pukul 10 pagi dan pertemuan antara Tunku Ismail dan Khalid berlangsung kira-kira setengah jam.

"Saya tidak tahu apa yang dibincangkan antara kedua-dua pemimpin tetapi saya percaya ia membantu melicinkan beberapa salah faham," katanya ketika ditemui semasa perjumpaan di kalangan bekas rakan pasukannya di KSL Resort Hotel di sini.




Wan Ahmad Najmuddin berkata selepas mesyuarat itu, beliau mengiringi Khalid balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

"Saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana Ketua Polis Negara akan membuat kenyataan tidak lama lagi mengenai isu ini," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan yang dibuat oleh Tunku Ismail bahawa Cawangan Khas Bukit Aman telah 'curi dengar' telefon bimbitnya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top