pahangdaily pahangdaily Author
Title: Maahad Tahfiz Darul Fikri, Perlu Dana RM200,000 !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Maahad Tahfiz Darul Fikri yang sedang dalam pembinaan memerlukan sumbangan orang ramai bagi membolehkan sekolah itu siap sepe...

KUANTAN: Maahad Tahfiz Darul Fikri yang sedang dalam pembinaan memerlukan sumbangan orang ramai bagi membolehkan sekolah itu siap sepenuhnya.

Pengetuanya, Khairul Azmi Ismail berkata, pihaknya memerlukan dana sekitar RM200,000 bagi menyiapkan bangunan sekolah tersebut termasuk, rumah guru dan kantin.

Menurutnya, kini pihaknya berusaha bagi membolehkan wang sejumlah itu diperoleh dan kerja pembinaan maahad itu dapat diteruskan.



“Pembinaan maahad kita mulakan sejak Februari lalu bermula dengan pembinaan enam bilik darjah  dan hampir 60 peratus hampir siap.

“Bagi fasa kedua, kita mahu bina kantin dan rumah guru serta sememangnya kita memerlukan dana lebih banyak untuk pembinaan bangunan tersebut,” katanya ketika ditemui di Maahad Tahfiz Darul Fikri di Kampung Seri Damai, di sini.



Beliau berkata, sumbangan diperlukan bukan hanya berbentuk kewangan, tetapi bantuan peralatan bagi menyiapkan bangunan maahad ini turut diterima.

“Kalau ada individu atau agensi mahu bagi bantuan peralatan mereka boleh menghubungi kita terlebih dulu untuk mengetahui keperluan semasa,” katanya.

Khairul Azmi berkata, pembinaan maahad itu disebabkan jumlah pelajar sekolah agama semakin meningkat dan bilik darjah sedia ada tidak dapat menampung permintaan pelajar.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi nombor akaun Maybank, 556226411401 dan Bank Mualamat, 06010034885721 atas nama Maahad Tahfiz Darul Fikri. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top