pahangdaily pahangdaily Author
Title: Mayat Kedua Di Sahkan KSU Sundaran Annamalai
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan mayat kedua yang ditemui sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perusah...
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan mayat kedua yang ditemui sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai (foto).
Mayat tersebut ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 8.34 pagi ini.
Menurut laporan awal, mayat masih terikat di tali pinggang keselamatan kerusi ketika ditemui berhampiran Pulau Seduku, kira-kira 10 kilometer dari pusat operasi SAR.
Sundaran berusia 57 tahun berasal dari Taiping, Perak meninggalkan dua orang anak dan balu, Datin Talagavathi R. Karapayah.
Lulusan Doktor Falsafah daripada International Christian University, Jepun pada tahun 2004, beliau pernah menerima Anugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada Februari 2015.
Mendiang pernah menjadi pengarah eksekutif dalam Lembaga Pengarah Bank Dunia selain dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Bahagian (Antarabangsa), Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan dan seterusnya dilantik menjadi Setiausaha Bahagian, di bahagian yang sama pada Februari, 2011.
Pada November 2012, Sundaran dilantik sebagai Pengarah Eksekutif di Lembaga Pengarah Kumpulan Bank Dunia (WBG), di Amerika Syarikat mewakili Brunei, Fiji, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal, Singapura, Thailand, Tonga dan Vietnam.
Semalam, pasukan SAR menemui mayat Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon berdekatan lokasi serpihan helikopter, di tebing sungai Batang Lupar.
Setakat ini tiga mayat telah dijumpai dan dua mayat disahkan identiti.
Selain Noriah dan Sundaram, helikopter itu turut dinaiki suaminya, Asmuni Abdullah, Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.
Pesawat itu dilaporkan diterbangkan oleh Kapten Rudolf Rex Ragas.
Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top