pahangdaily pahangdaily Author
Title: MB Arah 'Siasat' Punca Sungai Pahang Jadi Cetek
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan agensi dan jabatan kerajaan berkaitan segera menyiasat dakwaan bahawa pemba...

KUANTAN: Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan agensi dan jabatan kerajaan berkaitan segera menyiasat dakwaan bahawa pembalakan di Hulu Tembeling menjadi punca utama Sungai Pahang menjadi kering.

Menurutnya, siasatan itu bagi memastikan sama ada benar ia disebabkan pembalakan atau turut disumbangkan oleh faktor lain seperti cuaca panas melampau berikutan fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini.

"Kita tidak boleh menyatakan hanya Sungai Pahang kering kerana sungai-sungai lain juga kering.

"Memang (tidak dinafikan) salah satu sebab Sungai Pahang kering ialah kerana pembukaan kawasan hutan untuk aktiviti pertanian, pembalakan dan sebagai mana kita tahu ada pembinaan Empangan Tekai dan Empangan Jelai di kawasan itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai perlawanan golf amal pasukan Menteri Besar Pahang menentang bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah di Mahkota Golf and Country Club, di sini hari ini.


Adnan mengulas laporan Bernama baru-baru ini mengenai Sungai Pahang yang menjadi cetek dan kering disebabkan kegiatan pembalakan yang berleluasa.

Beliau juga berkata masalah bekalan air di beberapa daerah di negeri ini seperti Temerloh, Lipis, Bera dan Raub berlaku disebabkan faktor paip lama selain muka sauk kering menyebabkan air tidak dapat disedut masuk ke dalam loji.

Dalam pekembangan lain, Adnan berkata kerajaan negeri menerusi Yayasan Pahang akan memberikan bantuan secara 'one off' kepada 150 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) kampus Gombak yang kurang berkemampuan.

Katanya, selain anak Pahang, ia juga diberikan kepada pelajar dari negeri lain sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri selain menghormati Sultan Ahmad Shah selaku Ketua Perlembagaan UIAM dan rektornya Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin yang juga anak Pahang.

Perlawanan golf amal itu diadakan bagi mengutip dana untuk membantu pemain golf negara Shaaban Hussin, 36, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya Khamis lalu.

Adnan berkata sebanyak RM150,000 telah dikutip hasil perlawanan hari ini dan jumlah itu dijangka meningkat kepada RM200,000 dengan sumbangan anak syarikat kerajaan negeri dan orang perseorangan dan beliau sendiri akan menyerahkan sumbangan itu kepada Shaaban minggu depan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Pencolekhangek said... Monday, May 02, 2016 7:56:00 AM

Alhamdulillah. Jangan bazir wang. Tak payah siasat. Ini hukum Allah s.w.t. itu pun kalau percaya kepada Allah s.w.t. Tok-tok batin Pahang boleh bagi jawapan. Alam ini mudah sahaja, apa yang disemai itulah yang akan dituai. Berfikiran positifla. Adakan program kembara sungai pahang bersama bikers dari Singapura, Thailand dan Indonesia. Produk pelancungan yang terbaru dan terhebat!!!

Anonymous said... Thursday, May 05, 2016 12:57:00 PM

kenapa banjir - "Air banyak".
kenapa sg Pahang cetek - "Air sikit"
... tak perlu siasat nak jawabnya.

 
Top