MB: Banjir Kilat, Kesan Penerokaan Haram Lama !


TEMERLOH: Kejadian banjir kilat menyebabkan sebuah jambatan runtuh dan menghanyutkan beberapa kenderaan di Kuala Terla, Cameron Highlands pada Ahad lepas, adalah akibat daripada kesan penerokaan haram lama.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata tiada penerokaan haram baharu dikesan di daerah itu ekoran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa memantau sebarang aktiviti penerokaan di kawasan tersebut.

"...yang runtuh itu kesan lama, bukannya kita lulus bulan lepas, runtuh bulan ini. Ini akibat penerokaan haram dahulu. Sekarang, kita melalui NRE dan MKN menangani masalah itu...tiada lagi penerokaan haram," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Perumahan 2016-2020 dan PR1MA Pahang Parlimen Temerloh di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan media bahawa penerokaan tanah secara berleluasa menjadi punca kepada insiden banjir kilat di Cameron Highlands.

Adnan berkata NRE dan MKN sudah mengambil alih tugas memantau penerokaan di daerah itu memandangkan kerajaan negeri tidak mampu menangani masalah berkenaan secara sendiri. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

mona said...

Lama atau baru bukankah bawah c meno! Dasar nak melepaskan diri. Allah Maha Mengetahui.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]