Misi Selamatkn Hutan Tadahan Air Negara Berjaya


JERANTUT:  Misi "Selamatkan Hutan Tadahan Air Negara" anjuran Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKAPahang ke Hulu Tembeling dekat sini pada Ahad telah berjaya menarik perhatian lebih 200 peserta. Difahamkan sebanyak 58 buat kenderaan 4X4 telah menyertai misi kali ini. 


Presiden PEKA Pahang, Khaidir Ahmad (foto) yang mengetuai misi tersebut berkata, walaupun mereka menempuh pelbagai cabaran dan halangan termasuk usaha pihak tertentu untuk mensabotaj usaha murni itu, misi tetap berjaya diteruskan dan mencapai matlamatnya.


"Kejayaan misi pertama seumpamanya dalam sejarah negara ini, sebenarnya amat luar biasa kerana perancangan awal dengan cuma 20 buah 4X4, tetapi penyertaan sebenar di lokasi hampir tiga kali ganda, termasuk peserta yang datang pada saat-saat akhir!.", kata Khaidir.


Malah, dakwanya lagi jika penganjur tidak menghadkan penyertaan maksimum 50 buah 4X4, jumlah peserta dari seluruh negara mungkin melebih 100 buah 4X4 berdasarkan permohonan penyertaan yang diterima pada saat-saat akhir.


"Saya selaku Ketua Urusetia misi ini mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua pakar-pakar, ahli akademik, editor kanan media arus perdana dan warga media, mekanik dan off-roader serta aktivis dan pencinta alam sekitar sejati yang telah menjayakan misi ini", katanya lagi. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]