pahangdaily pahangdaily Author
Title: MUIP Perkenal, 'Kaedah Baharu' Ajar Tulisan Jawi
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) memperkenalkan kaedah baharu dalam usaha memartabatkan tulisan Jawi pad...

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) memperkenalkan kaedah baharu dalam usaha memartabatkan tulisan Jawi pada setiap lapisan masyarakat di negeri ini agar tidak pupus ditelan zaman. 


Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan (foto) berkata, pihaknya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menggunakan kaedah tersebut kepada guru-guru Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (J-QAF) dan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) bagi memudahkan pengajaran di sekolah.

“Kita sudah hampir selesai mendedahkan kaedah baharu kepada guru-guru di semua daerah kecuali Rompin. Tulisan Jawi kaedah ini amat mudah dan bermanfaat.

“Dengan kaedah baharu ini, setiap ejaan perkataan telah dikemas kini DBP agar sebutan menjadi lebih tepat dan tidak was-was. Sebagai contoh, sebelum ini ejaan tupai tetapi dibaca sebagai topi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Tahsin al-Quran dan Pra Pentauliahan Guru-Guru al-Quran peringkat negeri di sini baru-baru ini.

Seramai 263 peserta yang terdiri daripada ahli Persatuan Taranum Pahang hadir pada program siri dua yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di Maahad Tahfiz Negeri Pahang di Tanjung Lumpur di sini.

Menurut Wan Abdul Wahid, sebaik sahaja selesai di peringkat guru-guru tersebut, kaedah baharu itu akan diperluaskan dan disebarkan kepada guru agama serta pelajar secara keseluruhannya.

“Selain melantik mursi atau pakar dalam tulisan Jawi sebagai rujukan, Muip juga akan mewujudkan Unit Jawi agar usaha memartabatkannya menjadi kenyataan.

“Kita dalam proses mewujudkan unit berkenaan kerana sebelum ini hanya dikendalikan oleh jabatan pentadbiran dan tiada unit khas,” jelasnya.

Tambahnya, dalam masa sama Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) kini merancang mewujudkan Sekolah Tulisan Jawi yang akan menawarkan program bagi peringkat sijil dan diploma. #sumber

Advertisement

Post a Comment

ari - prihatin said... Thursday, May 05, 2016 12:50:00 PM

ASSALAMUALAIKUM
MAAF LARI DARI TAJUK;

SAYA CADANGKAN MUIP BINA PASARAYA DI SUNGAI ISAP. RAMAI ORANG ISLAM RASA NAK MEMBELI-BELAH DI PASARAYA MUIP

 
Top