pahangdaily pahangdaily Author
Title: Nahas Helikopter, Rohani Menangis Atas Pentas !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:   Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menangis ketika berada di atas pentas da...


PETALING JAYA:  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menangis ketika berada di atas pentas dalam satu majlis di Lundu, Sarawak pada pagi Jumaat.

Ahli Parlimen Batang Lupar itu tidak dapat menahan kesedihan selepas mendapat khabar mengenai nasib penumpang helikopter yang hilang sejak petang Khamis.

Rohani kemudian terpaksa ditenangkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang duduk di sebelahnya.

Beliau menghadiri majlis tersebut bagi mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Santubong.

Rohani tidak dapat menyembunyikan kesedihan selepas dimaklumkan mengenai penemuan mayat wanita yang merupakan mangsa nahas helikopter yang dinaiki oleh Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon bersama empat yang lain.

Selain Noriah, turut berada dalam pesawat itu ialah suaminya, Asmuni Abdullah; Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Sundaran Annamalai; pengawal peribadi kepada Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang RP-C 6828 Kapten Rudolf Rex Ragas.

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Saturday, May 07, 2016 6:59:00 AM

Iru semua peringatan buat Rohini dan semua pemimpin2 UMNO. Jgn menyokong org yg terang2 penyamun duit rakyat walaupun boss kau sendiri. Pastu jgn sewenang2nya menggunakan duit rakyat utk membiayai semua kos berkempen contohnya sewenang2 menyewa kenderaan spt helikopter, jet peribadi bagai utk berkempen tapi bayar pakai duit rakyat.

Malaysiabaru said... Saturday, May 07, 2016 7:26:00 AM

Bala bala bala

Kerama najibilshit 3juta ahli ulno terima bala

Anonymous said... Saturday, May 07, 2016 8:23:00 AM

Kalau dah Totok Umngok ada diaorang kisah.yang Haram diutamakan yang Halal diketepikan.Kalau ahli2 Umngok sedar akan Haram Halal ni dah lama diaorang blah.

 
Top