pahangdaily pahangdaily Author
Title: PEKA 'Terkilan' Dakwaan Pensyarah Kanan UMP !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:    Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA)  hari ini terkilan dengan dakwaan yang dibuat oleh Pensyarah Kanan Fakult...

KUANTAN:  Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) hari ini terkilan dengan dakwaan yang dibuat oleh Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Awam Dan Ketua Kluster Alam Sekitar Universiti Malaysia Pahang (UMP), Abdul Syukur Abdul Razak bahawa "paras air Sungai Pahang di kebanyakan tempat didapati semakin pulih selepas hujan semalam".

Presiden PEKA Pahang, Khaidir Ahmad (foto) berkata  selaku penternak ikan Patin sangkar Sungai Pahang di Temerloh, beliau amat terkilan dengan kenyataan pensyarah kanan terbabit.


 "Kenyataan tuan (Syukur) tidak betul kerana realitinya, paras Sungai Pahang di kebanyakan tempat cuma naik dua hingga empat inci sahaja. Saya turun ke Sungai Pahang hampir setiap hari sejak 2 tahun lalu dan saya dilahir dan dibesarkan di kampung tepi sungai ini pada tahun 1962. Kalau nak kata semakin pulih itu maknanya paras air Sungai Pahang naik ke paras normal, iaitu lima kaki menegak dari paras sekarang", kata Khaidir.


Beliau turut memaklumkan, hujan lebat setiap petang sejak dua hari lalu juga bukan sahaja cuma mampu menaikkan terlalu sedikit paras air Sungai Pahang, malah ia juga membawa air larian bersama debu-debu tebal dari jalan pembalakan di hulu sungai, yang menjadikan keadaan air Sungai Pahang pada hari ini sangat keruh dan berkeladak.



"Sebagai seorang Pensyarah Kanan universiti, saya berharap Tuan buatlah penyelidikan di lapangan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan kerana rakyat marhaen seperti saya ini melihat jawatan Tuan sebagai Ahli Akedemik yang cerdik pandai dan bukan sebaliknya. Bersama-sama memo ini saya sertakan foto keadaan sebenar paras air Sungai Pahang di Kampung Jelam pada jam 7.15 pagi tadi (4 Mei 2016) dan foto kekeruhan air Sungai Pahang di kawasan sangkar ikan Patin saya di Tebing Tinggi Lebak pada jam 7.45 pagi tadi", tambah beliau lagi. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top