pahangdaily pahangdaily Author
Title: Perolehan RM62,200 Sebulan Jual Air Ke Selangor
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Pendapatan hasil jualan air Sungai Semantan ke‎ Selangor adalah RM62,200 setiap bulan dengan nilai 10 sen bagi setiap liter pa...

KUANTAN: Pendapatan hasil jualan air Sungai Semantan ke‎ Selangor adalah RM62,200 setiap bulan dengan nilai 10 sen bagi setiap liter padu, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata, tempoh perjanjian bagi urusan penjualan air sungai itu ialah‎ selama 90 tahun dan proses itu tidak akan mendatangkan implikasi terhadap penduduk sekitar sungai berkenaan.

"Kajian telah dilakukan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) yang mendapati ia tidak akan memberi kesan kepada pengusaha ikan sangkar, loji penapis air di Mempateh dan pengguna lain jika berlaku kemarau atau banjir," katanya.

Adnan berkata demikian pada persidangan Dun Pahang‎ di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, bagi menjawab soalan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (DAP-Mentakab) yang ingin tahu nilai jualan dan  pendapatan jualan air sungai itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman memaklumkan sebanyak 936 kes Tuberculosis (TB) atau batuk kering dikesan pada tahun 2015 meningkat daripada 917 kes pada tahun sebelumnya.

Antara usaha untuk mengurangkan penyakit itu adalah dengan melakukan pengesanan dan saringan di tempat kerja atau institusi terlibat jika terdapat kes jangkitan TB dan menjalankan saringan kepada golongan berisiko tinggi, tambahnya.

Norol Azali berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (BN-Bebar) yang ingin tahu jumlah jangkitan penyakit itu pada tahun lepas. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top