pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pesawat Terbesar Dunia, Bakal Mendarat Di KLIA !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SEPANG:  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bakal menerima 'tetamu istimewa' Sabtu ini apabila pesawat terbesar ...

SEPANG: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bakal menerima 'tetamu istimewa' Sabtu ini apabila pesawat terbesar dunia dijadualkan mendarat di sini.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat Malaysia Airports Holdings Bhd Nik Anis Nik Zakaria yang mengesahkan perkara itu berkata tujuan pesawat kargo, Antonov-225, mendarat di KLIA adalah untuk mengisi minyak.

"Pesawat itu akan mendarat di KLIA di bahagian pesawat kargo untuk mengisi minyak," katanya kepada Bernama pada Khamis.

Pengendali KLIA, Malaysia Airports, kini mengendalikan lebih 70 syarikat penerbangan di KLIA dengan kehadiran penumpang sekitar 50 juta orang setahun.

Difahamkan pesawat buatan Ukraine itu akan menuju ke Perth, Australia selepas mengisi minyak di KLIA.

Pesawat Antonov 225 dilaporkan mampu terbang dengan kelajuan maksimum 850 kilometer sejam. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top