pahangdaily pahangdaily Author
Title: Undian Piala Malaysia, Laluan Pahang FC Sukar !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Ranjauan sukar bakal menanti Pahang FC apabila menghuni kumpulan B bersama Juara bertahan, Selangor dalam undian TM Piala...

KUALA LUMPUR:  Ranjauan sukar bakal menanti Pahang FC apabila menghuni kumpulan B bersama Juara bertahan, Selangor dalam undian TM Piala Malaysia 2016 yang dijalankan secara langsung di Sri Pentas, Bandar Utama malam tadi.

Selain Selangor, turut menghuni kumpulan B ialah satu lagi pasukan dari Pantai Timur, Kelantan dan juga Kuala Lumpur yang kembali menwarnai Piala Malaysia setelah lama ‘berehat, beberapa tahun.

Pahang FC yang layak ke TM Piala Malaysia setelah berjaya mencuri slot terakhir dalam perlawanan ke 11 Liga Super walupun tewas menentang JDT I 0-3 dalam perlawanan tersebut setelah Pulau Pinang juga tewas pada Felda United.



Perlawanan pertama TM Piala Malaysia akan dijangka diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri yang akan dijalankan serentak dengan Liga Super dan 100plus Liga Premier.

Berikut adalah senarai penuh undian :

Kumpulan A
TTeam
Kedah
Sarawak
JDT II

Kumpulan B
Selangor
Kelantan
Pahang FC
Kuala Lumpur

Kumpulan C
JDT I
PDRM
Perak
PKNS FC

Kumpulan D
Felda United
Terengganu
Melaka United
Negeri Sembilan

#sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top