pahangdaily pahangdaily Author
Title: Nahas Helikopter: Dua PRK 'Mungkin' Di Adakan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Dua pilihan raya kecil (PRK) mungkin diadakan susulan tragedi helikopter di Sarawak pada Khamis lalu, dengan dua ahli Pa...
PETALING JAYA: Dua pilihan raya kecil (PRK) mungkin diadakan susulan tragedi helikopter di Sarawak pada Khamis lalu, dengan dua ahli Parlimen antara enam penumpang dalam pesawat itu.
Setakat ini, lima mayat telah ditemui dengan tiga daripadanya telah dikenal pasti.
Mayat Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon yang ditemui di tebing Sungai Batang Lupar, Lingga pagi semalam, telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12 Sungai Burong, Tanjong Karang, awal pagi tadi.
Seorang lagi wakil rakyat yang menaiki helikopter itu ialah Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, di mana nasibnya belum diketahui.
Jika beliau disahkan tidak terselamat dalam nahas itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan PRK untuk kedua-dua kerusi itu.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, PRK perlu diadakan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan dalam tempoh tiga tahun pertama penggal Parlimen sekarang. Kekosongan kerusi perlu diumumkan Speaker kepada SPR.
Tempoh tiga tahun berakhir 24 Jun ini, menurut pakar perlembagaan Dr Shad Saleem Faruqi.
Noriah memenangi kerusi Sungai Besar pada Pilihan Raya Umum 2013 dengan majoriti 399 undi menewaskan calon PAS, Mohamed Salleh M Husin.
Wan Mohammad Khair-il pula memenangi kerusi Kuala Kangsar dengan majoriti 1,082 undi mengalahkan calon Bebas, Kamilia Ibrahim.
Noriah dan Wan Mohammad Khair-il yang merupakan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) antara enam orang yang dalam perjalanan dari Betong ke Kuching dengan menaiki helikopter jenis Eurocopter AS350.
Turut berada dalam pesawat malang itu adalah suami Noriah, Asmuni Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai; pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.
Lima mayat telah ditemui setakat ini, dengan tiga daripadanya disahkan milik Noriah, Sundaran dan Ahmad Sobri. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top