Polis: Nahas Helikopter, Mayat Keempat Di Temui


KUCHING: Mayat keempat ditemui dari lokasi nahas helikopter pada petang Sabtu.
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mayat itu, yang mana identitinya masih belum dikenal pasti, pada pukul 3.26 petang.
Mayat tersebut ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi mayat Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang dijumpai pada Jumaat.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu berkata, mayat berkenaan dibawa ke pusat operasi SAR di Lingga pada pukul 4.30 petang dan akan diterbangkan ke sini sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak.
"Saya tidak mempunyai sebarang maklumat lanjut sekarang. Usaha untuk membawa mayat ke ibu pejabat polis sedang dilakukan sekarang," katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]